Monday, 5 November 2018

SAINS

SAINS
Definisi Sains

  • Kata sains berasal dari bahasa latin ” scientia ” yang berarti pengetahuan.
  • berdasarkanwebster new collegiate dictionary definisi dari sains adalah “pengetahuan yang diperolehmelalui pembelajaran dan pembuktian” atau “pengetahuan yang melingkupi suatu kebenaran umum dari hukum – hukum alam yang terjadi misalnya didapatkan dan dibuktikan melalui metode ilmiah.


Antara aktiviti yang dapat dijalankan untuk Sains Awal Kanak-Kanak ialah :

1. Eksperimen " Rainbow "

Bahan-bahan :
- Coklat M&M (jika tiada M&M boleh digantikan dengan Skittles dan Smarties)
- Air suam 
- Pinggan

Cara-cara 
1. Susun coklat disekeliling tepi pinggan.
2. Tuangkan air suam ke dalam bahagian tengah pinggan sehingga melepasi paras coklat.
3. Perhatikan pergerakan warna coklat tersebut.
4. Warna pelangi mula terbentuk

2. Kubis Warna-warni

Bahan-bahan :
- 4 helai daun kubis
- 4 gelas berisi air
- Pewarna makanan ( 4 warna yang berbeza)

Cara-cara :
1. Titiskan beberapa titik pewarna makanan ke dalam setiap gelas yang berisi air. (1 gelas 1 warna)
2. Masukkan sehelai daun kubis kedalam setiap gelas tersebut. 
3. Biarkan semalaman.

3. Letupan kapur bewarna



Bahan-bahan :
- Cuka
- Kapur bewarna
- Plastik (ziplock)
- Kertas lukisan / kertas mahjong / kad manila 

Cara-cara :
1. Letakkan kertas lukisan / mahjong / kad manila diluar rumah.
2. Hancurkan kapur bewarna.
3. Masukkan 1/3 cawan cuka ke dalam plastik 'ziplock'.
4. Masukkan 2 sudu kapur bewarna yang telah hancur kedalam plastik 'ziplock'.
5. Ziplock (tutup) plastik dengan segera.
6. Letak plastik 'ziplock' diatas kertas lukisan /mahjong / kad manila.

4. GELAS AWAN DAN HUJAN 

 Bahan-bahan :
- Air
- Gelas jernih
- Pewarna makanan biru
- Krim pencukur
- Penitis

Cara-cara :
1. Isikan 3/4 gelas jernih dengan air.
2. Penuhkan bahagian atas gelas dengan krim pencukur.
3. Tunggu beberapa minit sehingga krim pencukur berhenti membuak dibahagian atas gelas.
4. Sementara itu larutkan pewarna makanan biru dengan air di dalam bekas lain.
5. Ambil larutan warna biru tadi dengan penitis.
6. Titiskan sebanyak mungkin pewarna biru diatas krim pencukur dengan memasukkan bahagian hujung penitis kedalamnya.

5. SUSU BEWARNA AJAIB
Bahan-bahan :
- Susu dutch lady ( susu lain pun boleh )
- Air
- Sabun basuh pinggan
- Pewarna makanan
- Pinggan
- Putik kapas

Cara-cara :
1. Tuang susu ke atas pinggan.
2. Titis beberapa titik pewarna makanan ke dalam susu.
3. Titis sabun pencuci pinggan ke atas pewarna makanan didalam susu tadi dan perhatikan.
4. Celupkan putik kapas pada pewarna makanan dalam mangkuk berisi susu ini.
5. Ulang langkah 4 bagi menghasilkan pergerakan warna dalam susu.



SELAMAT MENCUBA 😇

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

1.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Internet 2.  https://www.kidipage.com/ms/lembaran-kerja/prasekolah/index.html 3.  https://www.sl...