Monday 5 November 2018

BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU
Definisi Bahasa Melayu
  • Bahasa melayu secara khususnya ialah salah satu dialek daripada beratus dialek yang terdapat di Nusantara (alam Melayu). 
  • Rekod terawal bahasa melayu kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.

Antara aktiviti yang dijalankan untuk Bahasa Melayu Awal Kanak-Kanak ialah :

1. MENGENAL ABC


Bahan-bahan :
- Carta huruf ABC

Cara-cara:
1. Guru/ ibubapa menyebut huruf abc satu persatu.
2. Guru/ ibu bapa mengenalkan bentuk huruf abc melalui carta huruf abc kepada kanak-kanak.
3. Guru/ ibu bapa mengajar kanak-kanak menyebut huruf abc. 

2. SUKU KATA


Bahan-bahan:
- Buku suku kata
- Pensel
- Pensel warna

Cara-cara : 
1. Guru/ ibu bapa mengagihkan buku suku kata kepada kanak-kanak.
2. Guru/ ibu bapa memperkenalkan suku kata tersebut kepada kanak-kanak.
3. Kanak-kanak dapat mengenal suku kata tersebut dengan bimbingan.
4. Guru/ ibu bapa meminta kanak-kanak mewarnakan suku kata dalam buku yang telah diberikan.

3. HURUF VOKAL


Bahan-bahan :
- Fail berplastik lutsinar
- Kad huruf vokal a,e,i,o,u
- Kad bergambar ayam, epal, ikan, obor, dan ular

Cara-cara :
1. Guru/ibu bapa mengajak kanak-kanak menyusun atau memasukkan kad vokal a,e,i,o,u dan kad bergambar ke dalam fail.
2. Pastikan kad huruf vokal disusun bersebelahan dengan kad bergambar yang betul (contohnya, kad huruf vokal A disusun sebelah gambar ayam)
3. Guru/ibu bapa mengajak kanak-kanak untuk membunyikan huruf vokal dan mengkaitkannya dengan gambar (contohnya, huruf vokal A kaitkan dengan gambar ayam kemudian sebut A 'a', 'ayam').
4. Ulang untuk huruf vokal yang lain.



4. NAMA DAN BUNYI HAIWAN


Bahan-bahan:
-  Gambar haiwan

Cara-cara :
1. Guru/ ibu bapa menunjukkan beberapa gambar haiwan kepada kanak-kanak.
2. Guru/ ibu bapa memperkenalkan nama-nama haiwan kepada kanak-kanak.
3. Guru/ ibu bapa membunyikan beberapa bunyi haiwan yang terdapat dalam gambar tersebut.
4. Guru/ ibu bapa dan kanak-kanak membunyikan bunyi haiwan bersama-sama.


5. ANGGOTA BADAN


Bahan-bahan :

Kad suku kata
Kad perkataan
Kad bergambar anggota badan
Video
 LCD

Cara-caranya:
1. Guru menayangkan video anggota badan kepada kanak-kanak.
2. Guru menunjukkan kad-kad bergambar mengenai bahagian-bahagian anggota badan seperti bahu, mata, dagu, dahi
3. Murid diminta menamakan bahagian anggota badan.
4. Seterusnya, guru menunjukkan pula kad-kad suku kata berkaitan anggota badan. Contohnya: Ba hu, ma ta da gu, da hi
5. Kanak-kanak mengeja dan membunyikan suku kata- suku kata tersebut.
6. Guru membimbing kanak-kanak untuk mencantumkan suku kata untuk dijadikan satu perkataan.







No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

1.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Internet 2.  https://www.kidipage.com/ms/lembaran-kerja/prasekolah/index.html 3.  https://www.sl...