Monday 5 November 2018

BAHASA INGGERIS

BAHASA INGGERIS
Definisi Bahasa Inggeris




  • Bahasa inggeris ialah bahasa Jermanik Barat yang merupakan bahasa dominan di United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan negara Komanweltermasuk Australia dan Kanada, dan bekas koloni British yang lain.
  • Bahasa inggeris juga ialah bahasa dominan atau bahasa rasmi di kebanyakan negara yang dahulunya di bawah pemerintahan British.                                                                                                                                                                                           
  •    Antara aktiviti yang dapat dijalankan untuk Bahasa Inggeris Awal Kanak-Kanak ialah :                  
  •             1. NUMBER IN ENGLISH

  • Bahan-bahan :
    - Slide
    - Lcd

    Cara-cara :
    1. Guru menayangkan slide 'number in english' kepada kanak-kanak.
    2. Guru menyebutkan nombor 1 hingga 10.
    3. Guru mengajar kanak-kanak menyebut one,two, three. ..  
    4. Kanak-kanak menyebut nombor tersebut dengan bimbingan guru.


    2. MENGENAL HARI 


    Bahan-bahan :
    - Kad sunday, monday, tuesday, wednesday, thursday, friday and saturday.
    - Kotak 

    Cara-cara :
    1. Guru meletakkan kad sunday, monday, tuesday dan seterusnya didalam kotak.
    2. Guru mengeluarkan 1 kad tersebut dan mengajar kanak-kanak menyebutnya.
    3. Guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memilih kad hari yang dia suka dan menyebutnya dihadapan kelas .


    3. ANIMALS FARM 

    Bahan-bahan :
    - Video haiwan 
    - Speaker 
    - Kad nama haiwan

    Cara-cara : 
    1. Guru menayangkan video haiwan seperti di 'National Geography' kepada kanak-kanak.
    2. Guru menyebut nama haiwan tersebut kepada kanak-kanak.
    3. Guru mengajar kanak-kanak menyebut nama haiwan tersebut dalam Bahasa Inggeris.
    4. Guru menceritakan kepada  kanak-kanak tentang haiwan peliharaan dan haiwan liar. 


    4. SALASILAH KELUARGA


    Bahan-bahan :
    - Carta contoh salasilah keluarga

    Cara-cara :
    1. Guru mengajar kanak-kanak menyebut father mother, sister dan seterusnya kepada kanak-kanak. 
    2. Guru bertanyakan kanak-kanak tentang ahli keluarga mereka. 
    3. Guru meminta semua kanak-kanak menceritakan tentang keluarga mereka.
    4. Kanak-kanak ke hadapan dan menceritakan tentang salasilah keluarga mereka.

    5. ANGGOTA BADAN

    Bahan-bahan :
    - Carta gambar anggota badan

    Cara-cara 
    1. Guru menayangkan carta gambar anggota badan kepada kanak-kanak.
    2. Guru menyebut bahagian anggota badan dalam bahasa inggeris.
    3. Guru mengajak kanak-kanak menyebut bersama.







    No comments:

    Post a Comment

    RUJUKAN

    1.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Internet 2.  https://www.kidipage.com/ms/lembaran-kerja/prasekolah/index.html 3.  https://www.sl...