Monday 5 November 2018

MATEMATIK

MATEMATIK
Definisi Matematik
  • Matematik bermaksud pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti , corak struktur , perubahan & ruang atau dalam erti kata lain kajian mengenai nombor & gambar rajah.
  • Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik & simbol matematik.

Antara aktiviti yang dapat dijalankan untuk Matematik Awal Kanak-kanak :

  1. SERIASI NOMBOR


Bahan-bahan :
- Botol plastik
- Bola tenis


Cara-cara :
1.Botol disusun mengikut tinggi bermula dengan yang rendah di hadapan dan yang paling tinggi di belakang.
2. Murid yang pertama akan membuat balingan ke arah botol-botol tersebut.
3. Murid pertama akan menyusun botol yang jatuh seperti asal .
4. Seterusnya , kembali tempat permulaan dan permain kedua akan membuat balingan.
5. Mata akan dikira mengikut saiz botol yang jatuh.



2. DAM ULAR




Bahan-bahan :
- Dam
- Penanda
- Dadu

Cara-cara :
1. Kanak-kanak perlu membuat undian dengan membalingkan dadu terlebih dahulu untuk menentukan giliran permain yang mendapat angka paling banyak akan memulakan dahulu permainan dan diikuti oleh pemain lain.
2. Kanak-kanak perlu meletakkan penanda di tempat MULA.
3. Pemain akan bergerak mengikut tapak pada dam ular bargantung pada angka dadu yang diperoleh.
4. Jika pemain berhenti di tapak tangga pemain akan maju ke tempat seterusnya.
5. Jika pemain berhenti di tapak ular pemain akan didenda dan mundur ke tapak sebelumnya.
6. Pemain akan ditentukan apabila pemain dapat membaling dadu dan mendapat angka yang tepat untuk berhenti di tapak TAMAT.


3. NUMBER JUMP



Bahan-bahan:
- Kain felt
- Bentuk nombor (ditampal atas kain felt)
- Dadu

Cara-cara:
1. Susun kain felt yang ada numbor 1 hingga 10 di atas lantai.
2. Lemparkan dadu.
3. Jika pemain mendapat mana-mana nombor daripada 1 hingga 10, pemain perlu melompat ke atas no tersebut.


4. MENGIRA NOMBOR


Bahan-bahan :
- Chopstick warna-warni
- Blok-blok nombor
- Blok simbol +-

Cara-cara
1. Letakkan simbol + atau - ditengah meja.
2. Ambil beberapa chopstick dan letakkan dikanan dan kiri meja.
3. Kira chopstick yang ada, samada bertambah atau berkurang.
4. Ulang langkah 2 dan seterusnya.

5. PADANAN NOMBOR



Bahan-bahan :
- Kertas 1 hingga 10
- Batang aiskrim atau stick
- Gelas polisterin
- Gam

Cara-cara :
1. Tampalkan kertas 1 hingga 10 disetiap gelas polistren.
2. Ambil batang aiskrim dah letakkan mengikut jumlah nombor di cawan polisterin.
3. Letak batang aiskrim dan kira berapa jumlah disetiap cawan.
4. Catatkan didalam buku yang telah disediakan.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

1.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Internet 2.  https://www.kidipage.com/ms/lembaran-kerja/prasekolah/index.html 3.  https://www.sl...