Monday 5 November 2018

PENDIDIKAN SENI

PENDIDIKAN SENI
Definisi Pendidikan Seni

  • Seni adalah keahlian membuat karya yang bermutu (dilihat dari segi kehalusannya, keindahannya, dan sebagainya), seperti tari, lukisan, ukiran.
  • Pendidikan seni juga membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain-lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan.

Antara aktiviti yang dapat dijalankan untuk Pendidikan Seni Awal Kanak-Kanak ialah :

  1. BURUNG "SMILEY"



Bahan-bahan :
- "Sarang" telur ayam
- Kad manila
- Cat air
- Kertas manila
- Gunting

Cara-cara :
1. Potong 'sarang' telur ayam mengikut bentuknya dalam 10 potongan.
2. Warna 'sarang' telur ayam mengikut warna kesukaan menggunakan cat air.
3. Gunting kad manila bebentuk paruh burung.
4. Hiaskan burung 'smiley' seperti gambar rajah diatas.

2. HIASAN BATANG AISKRIM







Bahan-bahan :

- Batang aiskrim

- Kad manila

- Cat air

- Gam



Cara-cara :

1. Warnakan batang aiskrim menggunakan cat air dan keringkan di bawah kipas.

2. Lukis dan gunting kad manila mengikut bentuk kesukaan ( bunga, bintang, binatang, bentuk trigonometri)

3. Setelah batang aiskrim kering, tampalkan bentuk tadi dihujung batang aiskrim.

3. BABA SI BIRI-BIRI

Bahan-bahan :
- Kertas Lukisan 
- Pensel
- Kapas
- Pensel warna
- Gam

Cara-cara :
1. Hasilkan satu lukisan bertemakan biri-biri di ladang.
2. Warnakan lukisan tersebut. (bahagian badan biri-biri ditinggalkan tanpa warna)
3. Leraikan kapas-kapas menjadi kecil.
4. Sapukan gam ke atas lukisan bahagian badan biri-biri sedikit demi sedikit dan tampalkan kapas-kapas tersebut. 

4. PASU BUNGA

Bahan-bahan 
- Penyepit kayu ( penyepit baju )
- Cat air
- Cawan polistren

Cara-cara :
1. Warnakan penyepit kayu dengan warna-warni dan biarkan pemyepit tersebut kering.
2. Potong cawan polistren 2/2 dari atas menjadi mangkuk kecil.
3. Setelah pengepit kayu kering, kepitkan disekeliling gelas polistren yang telah dipotong tadi.
4. Pasu siap untuk digunakan.

5. BUTTON AJAIB ( ABC )


 Bahan-bahan :
- Button baju bulat (pelbagai warna dan saiz)
- Kotak
- Gam / 'hotglue gun'
- Pensel
- Gunting besar / pisau

Cara-cara :
1. Lukiskan ABCDE di atas kotak (saiz besar mengikut idea masing-masing).
2. Gunting kotak tersebut mengikut bentuk.
3. Sapukan gam di atas kotak mengikut bentuk. 
4. Lekatkan satu persatu button baju diatas kotak mengikut bentuk.











No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

1.  https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Internet 2.  https://www.kidipage.com/ms/lembaran-kerja/prasekolah/index.html 3.  https://www.sl...